Banjir besar luar jangka yang melanda Selangor pada 18 Disember 2021 akan terus kekal dalam lipatan sejarah.

Malaysia Gazette dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor membawakan mini dokumentari Cubit Paha Kanan yang secara eksklusif merekodkan pengalaman hidup dan mati antara mangsa banjir di Selangor serta bagaimana mereka membangunkan semula kehidupan selepas melalui episod hitam itu.