Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 168 kes baharu varian membimbangkan (VOC) bagi tempoh 13 Februari sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu membabitkan 33 kes baharu varian Delta dan 125 kes baharu varian Omicron.

“Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenal pasti 92 kes baharu VOC manakala Institut Perubatan Biologi Molekular Universiti Kebangsaan Malaysia(UMBI) mengenal pasti 39 kes baharu VOC manakala Institut Penyelidikan Perubatan mengenal pasti 37 kes baharu,” katanya menerusi kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Jumlah kumulatif kes dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 7,754 kes dengan 7,734 kes VOC dan 20 kes VOI.

Jelas Noor Hisham, daripada jumlah yang dikesan bagi VOC, sebanyak 6,537 kes merupakan varian Delta, 950 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

“Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” ujarnya. – MalaysiaGazette