Feri Euroferry Olympia yang terbakar. foto Reuters

CORFU, Greece – Seramai 11 orang hilang selepas sebuah feri terbakar berhampiran Pulau Corfu.

Bot penyelamat bergegas memindahkan 290 orang di atas Euroferry Olympia, termasuk dua pemandu lori yang terperangkap di dalam lubang.

Feri itu telah meninggalkan Igoumenitsa di Greece untuk ke pelabuhan Itali Brindisi apabila kebakaran berlaku di dek kereta.

Kapten kapal mengarahkan semua orang beredar kerana feri itu mula musnah dijilat api dan kepulan asap tebal.

Pengawal pantai Greece berkata, 239 penumpang dan 51 anak kapal berada di dalam feri yang dimiliki firma Itali, Grimaldi Lines ketika kejadian berlaku.

Kebanyakan penumpang adalah warga Itali, kata gabenor pulau Ionia, Rodi Kratsa-Tsagaropoulou manakala anak kapal adalah warga Greece dan Itali.

Pihak berkuasa Itali memberitahu, 277 daripada mereka yang berada di dalam kapal telah diselamatkan dan 10 daripada mereka sedang dirawat di hospital kerana masalah pernafasan dan kecederaan ringan.

Beberapa jam kemudian, anggota penyelamat berjaya membawa keluar dua lelaki yang terkandas di dalam lubang dan membawa mereka keluar dari kapal.

Tidak ada maklumat mengenai 11 yang hilang itu. – Agensi