Petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak Covid-19 kepada penerima yang hadir PPV Lembah Klang. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keseluruhan dos diberikan kepada rakyat Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjumlah 66,018,432 dos sehingga jam 11.59 malam tadi.

Menurut data CovidNow, dari jumlah itu, 26,558,395 yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos, manakala 25,742,431 yang menerima dua dos dan 13,924,411 bagi keseluruhan dos penggalak.

Mengikut vaksinasi harian, semalam sebanyak 151,156 dos telah divaksinkan dengan 72,991 dos pertama, 648 dos kedua dan 77,517 dos penggalak.

Mengenai kemajuan PICK, bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun merekodkan 12.8 peratus, remaja berumur 12 hingga 17 tahun (89.9 peratus) dan golongan dewasa 97.5 peratus.

Angka kematian merekodkan 32,310 sejak wabak Covid-19 melanda negara ini awal 2020 sehingga malam tadi, dengan 25,747 kematian di hospital dan 6,563 lagi BID. – MalaysiaGazette