MADRID – Sebahagian bumbung sebuah auditorium di taman hiburan Parque de Atracciones di Madrid runtuh menyebabkan 13 orang cedera dengan lapan daripada mereka memerlukan rawatan hospital.
Kemalangan itu berlaku semasa acara persendirian sedang diadakan di “Panggung Besar” di taman tersebut.
Bumbung yang runtuh itu seluas 200 meter persegi, kata perkhidmatan kecemasan tempatan.
Kesemua mereka yang cedera dilaporkan berumur antara 30 dan 50 tahun, dengan lapan daripada mereka memerlukan rawatan kerana luka ringan dan lebam.
Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan ke atas kemudahan itu sementara polis tempatan telah melancarkan siasatan.
Keruntuhan bumbung adalah kemalangan kedua di taman itu selepas dengan 33 orang cedera pada Julai 2017, apabila dua Tren de la Mina bertembung. – euroweeklynews (https://www.euroweeklynews.com/2022/02/19/madrid-amusement-park-roof-collapses-injuring-thirteen/)