Pelacur dan penjaga premis berselindung di sebalik pusat penjagaan kesihatan di ibu negara berjaya diserbu dan dilumpuhkan polis malam ini. Gambar IPK KL

KUALA LUMPUR – Polis menahan seramai enam wanita earga tempatan yang disyaki pelacur dalam serbuan Op Noda di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pemeriksaan dalam premis terbabit membawa kepada rampasan pelbagai barang yang digunakan untuk kegiatan itu seperti kondom, tuala, minyak urut selain wang tunai sebanyak RM2,035.

“Polis turut menahan tiga lelaki tempatan yang mengaku sebagai penjaga premis pelacuran itu,” katanya dalam kenyataan sambil menambah

Serbuan terhadap premis pusat penjagaan kesihatan bagi mengaburi pihak berkuasa itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur

Tambah beliau, kesemua individu berkenaan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

“Kita sedang meneruskan siasatan terhadap mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 373 serta 372B Kanun Keseksaan,” kata beliau. – MalaysiaGazette