MGNews : Mara Corp:Biar Siasatan Selesai Dan Kita Akan Ambil Tindakan – Mahdzir Khalid

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tidak bercadang untuk melakukan rombakan pengurusan Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya mahu memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melengkapkan siasatan dakwaan isu integrit lima pegawai kanan agensi itu.