Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (tiga dari kanan) bersama Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi melancarkan gimik Program Realiti 'Jari Neraka' di Skypark One City Subang Jaya, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 21 FEBRUARI 2022.

SUBANG JAYA – Kerajaan menyambut baik usaha syarikat Rentak Sehati Sdn. Bhd. memperkenalkan program “Jari Neraka” bagi memberi kesedaran kepada pihak tertentu supaya lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada syarikat itu dan mana-mana pihak dalam kalangan artis yang bersama memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Program Jari Neraka ini sangat baik. Ia dapat mendidik masyarakat untuk berhati-hati dalam menggunakan media sosial.

“Contohnya, sekarang media sosial menjadi medium yang utama. Jadi, kita lihat terdapat pihak tertentu yang menggunakan medium ini untuk memburuk-burukkan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program realiti “Jari Neraka” dekat sini, petang ini.

Menurut Zahidi, program tersebut menyentuh mengenai pengajaran, ilmu dan didikan ke arah kesedaran.

jari neraka
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin bercakap pada sidang media selepas selesai menghadiri Pelancaran Program Realiti ‘Jari Neraka’ di Skypark One City Subang Jaya, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 21 FEBRUARI 2022.

Beliau berharap, program itu dapat mendidik masyarakat terutama kumpulan scammer yang menipu orang awam dan mencuri data kerajaan bagi mengaut keuntungan secara haram.

Scammer dan netizen yang menggunakan perkataan negatif menerusi media boleh menimbulkan keresahan masyarakat. Kisah-kisah begini akan difilemkan ntuk mendidik masyarakat.

“Kita ucap tahniah kepada Rentak Sehati kerana memberi sumbangan untuk mendidik masyarakat melalui telemovie yang kita lihat sekurang-kurangnya memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai didikan mereka dan penggunaan media sosial

“Ini juga akan diadakan dengan kerjasama Siber Sekuriti di bawah agensi kita Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Kita harap akan ada syarikat lain tampil mengadakan program dengan kerjasama SKMM atau Siber Sekuriti untuk kita mendidik masyarakat dalam pengggunaan media sosial,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast