Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berserta ribut petir dijangka melanda tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga pukul 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kemas kini pada pukul 3.50 petang memaklumkan, amaran itu turut meliputi Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

“Di Kedah ia melibatkan kawasan Baling dan Kulim manakala Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Pahang pula meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron sementara di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, di Negeri Sembilan pula kawasan yang dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir melibatkan Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Sementara di Sarawak (Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang dan Sabah meliputi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan). – MalaysiaGazette