NEW YORK – Peserta America’s Got Talent Jane Marczewski yang mencetuskan fanomena kerana kelunakan suaranya dan bertarung dengan kanser tahap empat dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini.

Marczewski yang juga dikenali dengan nama pentas Nightbirde meninggal dunia selepas empat tahun bertarung melawan kanser.

Penyanyi itu menarik perhatian ramai selepas menyampaikan uji bakat yang menakjubkan tahun lalu di pentas America’s Got Talent dengan mempersembahkan lagu ciptaan sendiri berjudul ‘It’s OK’ dengan lirik yang penuh makna.

“All day, all night, now I can’t hide
Said I knew myself but I guess I lied
It’s okay, it’s okay, it’s okay, it’s okay
If you’re lost, we’re all a little lost and it’s alright
It’s okay, it’s okay, it’s okay, it’s okay
If you’re lost, we’re all a little lost and it’s alright
It’s alright, it’s alright, it’s alright, it’s alright”

Semasa persembahannya, dia mendedahkan kepada para juri bahawa dia sedang melawan kanser yang telah merebak ke paru-paru, tulang belakang dan hatinya.

Dia mengagumkan juri Simon Cowell dengan sikapnya yang positif dan keazamannya untuk melawan kanser.

“Anda tidak boleh menunggu sehingga hidup tidak lagi sukar sebelum anda membuat keputusan untuk bahagia,” kataMarczewski kepada para hakim.

Cowell menganugerahkan Marczewski “buzzer emas” yang diidamkan oleh perserta rancangan hiburan terkemuka dunia itu yang membolehkannya terus ke pertandingan seterusnya.

Bagaimanapun Marczewski kemudiannya menarik diri kerana dia hanya mahu membuat penampilan sulung dalam rancangan yang disiarkan di seluruh dunia itu.

Semasa temu bual maya yang disiarkan di rancangan itu, Marczewski berkata pengalamannya ketika diberikan sambutan hangat oleh penonton dan juri adalah “indah untuk melihat dunia mengalu-alukan lagu itu ke dalam malam gelap mereka sendiri.”

Hos Terry Crews dan juri, Heidi Klum turut memberi penghormatan di akaun media sosial mereka kepada Marczewski.

“”Legasinya yang kekal akan menjadi hadiah harapan yang dia berikan kepada ramai orang melalui muziknya dan kekuatan yang dia dapati daripada Tuhan.

“Kami berterima kasih kepada semua orang atas mesej kasih sayang dan sokongan mereka,” kata keluarganya.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast