52 individu ditahan dalam Ops Sarang yang dijalankan oleh Bahagian Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan malam tadi.

KUANTAN – Seorang lelaki yang dikehendaki polis bagi kes kemalangan maut antara 52 individu ditahan dalam Ops Sarang yang dijalankan oleh Bahagian Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata,  suspek dikehendaki polis Kemaman menyelesaikan kes pada 21 Februari lalu.

Jelasnya, ketika kes kemalangan maut di Kilometer 269 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 Kuantan – Kuala Terengganu kelmarin, suspek dikatakan melarikan di  ke susur keluar ke Plaza Tol Cheneh dengan memandu sebuah Proton Myvi dan tular di media sosial.

“Lelaki terbabit yang berusia 20-an melarikan diri selepas melanggar seorang lelaki berusia 57 tahun yang maut di tempat kejadian akibat cerdera parah di kepala.

“Manakala saksi kejadian pula bertindak mengejar suspek menggunakan kenderaan Grand Livina sehingga 500 meter selepas Tol Cheneh,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata demikian ketika sidang media Op Sarang di perkarangan parkir IPD Kuantan hari ini.

ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu (kanan)

Menurutnya, dalam rakaman tular, suspek dan saksi kejadian telah bertengkar dan suspek akhirnya melarikan siri menggunakan kenderaan saksi sehingga merempuh palang tol.

Hasil semakan pihak polis mendapati suspek merupakan orang yang dikhendaki dalam kes  Seksyen 41(1) APJ 1987 yang berlaku di Kemaman turut memiliki dadah di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

Sebelum itu, operasi yang sama bertumpu di sekitar lokasi pengedaran dadah di Felda Bukit Goh, Felda Bukit Kuantan, Felda Bukit Sagu, Felda Panching Utara dan turut dibantu oleh pasukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

“Hasil risikan dan maklumat, polis turut mengesan suspek dari rumah ke rumah dan membuat rampasan dadah bernilai RM5, 370 melibatkan dadah jenis syabu, heroin dan termasuk air ketum.

Pihak berkuasa merampas pelbagai jenis dadah melibatkan nilai rampasan berjumlah RM5,370.

“Hasil tangkapan dibuat mendapati kesemua penagih mempunyai rekod lampau dan dikategorikan sebagai penagih dadah berulang,” katanya.

Siasatan lanjut bagi mengenal pasti pengedar dadah yang terlibat  dan tindakan akan diambil di bawah Langkah Pencegahan Khas (LPK) 1985 Akta Dadah Berbahaya  selain Seksyen 39 (B), 39A (1), Seksyen 12 (A), Seksyen 15(1)(a) di bawah akta yang sama serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast