SHAH ALAM – Sebanyak 15 gerai makan milik Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Jalan Besar Pandamaran, Pelabuhan Klang dekat sini mengalami kebakaran awal hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, deretan gerai itu terbakar kira-kira 80 peratus namun kejadian tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.14 pagi dan 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang serta BBP Seri Andalas tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian bagi operasi pemadaman.

“Anggota bomba dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit dan kebakaran kemudian dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 5.18 pagi,” katanya sambil menambah punca kebakaran sedang disiasat. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast