Pemain Napoli dan Barcelona berdiri dibelakang sepanduk "Stop War" sebelum perlawanan bermula. Foto ESPN

KUALA LUMPUR – Dunia bola sepak menunjukkan sokongan terhadap negara di Timur Eropah, Ukraine yang kini bergelut dengan tindakan ketenteraan dari Rusia.

Dalam perlawanan Liga Europa UEFA, pemain tengah Atalanta, Ruslan Malinovskiy menunjukkan sokongan kepada negaranya ketika menentang Olympiacos pada pusingan 32 liga tersebut.

Ruslan Malinovskyi menunjukkan baju-T yang bertulis “No War In Ukraine” selepas menjaringkan gol untuk Atalanta. Ciapan Twitter @Atalanta_BC

Pemain bola sepak kelahiran Ukraine itu mendedahkan mesej “tiada perang di Ukraine” yang ditulis pada jersinya selepas menjaringkan gol dalam Liga Eropah pada malam Khamis lalu.

Malinovskiy menjaringkan dua gol menewaskan Olympiacos 3-0 di Greece, menurut laporan agensi dan media sosial.

Dalam liga sama, Zenit St Petersburg, satu-satunya kelab Rusia yang bermain menentang Real Betis di Seville dan stadium menyaksikan tuan rumah mengangkat bendera Ukraine sebagai tanda sokongan.

Penyokong Real Betis mengibarkan bendera Ukraine, tanda solidariti semasa menentang Zenit St Petersburg. Foto Twitter @MariusCassoly

Zenit menanggung kekalahan agregat 3-2 selepas jaringan kecederaan yang dibatalkan Video Pembantu Pengadil (VAR).

Sementara itu, pemain pertahanan berbangsa Ukraine, Yaroslav Rakitsky digugurkan dari skuad kesebelasan utama menentang Real Betis kerana bersuara menentang pencerobohan yang berterusan.

“I am Ukrainian! Peach to Ukraine! Stop the war! I’m Ukrainian!” #peaceinUkraine #StopTheWar, posting Rakitsky di Instagram @rakitskyy_official

Pemain bek kiri Manchester City dari Ukraine, Oleksandr Zinchenko tidak beraksi malam tadi tetapi beliau turun berdemonstrasi di Manchester untuk menunjukkan sokongan kepada negaranya.

Oleksandr Zinchenko, pemain bek kiri Manchester City turun berdemo tunjuk solidariti terhadap Ukraine di Manchester. FOTO Instagram @sofiavictoriaforbes

Dalam sebuah lagi pertemuan Liga Europa di Stadium Diego Armando Maradona, pemain Barcelona dan Napoli berdiri bersama dibelakang sepanduk besar yang bertulis “Hentikan Perang”, merujuk kepada konflik perang yang sedang berlaku di Ukraine.

Barcelona menang agregat 5-3 menentang Napoli selepas aksi solidariti terhadap Ukraine oleh kedua-dua pasukan tersebut.

Peminat kelab dari Croatia, Dinamo Zagreb memegang sepanduk yang bertulis “Sokongan Kepada Rakyat Ukraine”.

Penyokong Dinamo Zagreb memegang sepanduk “Sokongan terhadap rakyat Ukraine” semasa perlawanan menentang Sevilla.

Tuan rumah Stadion Maksimir itu menang 1-0 ke atas Sevilla.

Peminat kelab dari Norway, Bodo/Glimt turut menunjukkan solidariti mereka dengan yang terjejas di Ukraine dengan memegang bendera negara tersebut dalam perlawanan menentang Celtic.

Foto Twitter @Football_Scot

Pemain Slavia Prague memakai baju-T Ukraine sebelum pertemuan menentang kelab Turki, Fenerbahce dalam Liga Persidangan Europa, yang tertera; “Kami Berdiri Bersama Ukraine”.

Foto Slavia Praha Fotbal

Slavia juga menjadikan pemain pertahanannya yang berasal dari Ukraine, Taras Kacharaba sebagai kapten pada malam perlawanan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast