Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong .Foto MOHD ADZLAN, 15 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki antara yang dipercayai terlibat menculik seorang lelaki dan memeras ugut wang tunai RM76,000 pada Rabu yang lalu diberkas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tangkapan dibuat berdasarkan aduan seorang wanita yang mengatakan keretanya jenis Honda HRV yang dipecahkan oleh lebih kurang enam lelaki di Taman Sentosa, Klang.

Ketika kejadian, abang wanita berkenaan dibawa oleh sekumpulan lelaki berkenaan menaiki menaiki van jenis Daihatsu serta tiga kenderan lain iaitu Perodua Alza, Myvi dan Toyota Hilux bewarna putih, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas abangnya ‘dilarikan’, wanita berkenaan dihubungi oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Cikgu’ dan meminta wang sebanyak RM76,000 untuk 80 unit buah mesin bitcoin yang dijual kepada wanita berkenaan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Klang Selatan telah menahan dua lelaki seorang india dan seorang lagi Melayu di Klang, Shah Alam dan Rawang pada 23 Februari lalu.

Siasatan polis mendapati, kejadian berlaku akibat salah faham berkaitan urusan jual beli mesin bitcoin yang berlaku di antara abang pengadu dan juga suspek.

Menurut Hoong Fong, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 38 hingga 42 tahun itu ditahan reman sehingga esok.-MalaysiaGazette