KUALA LUMPUR – Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mengiktiraf sijil vaksinasi Covid-19 masing-masing, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, pengiktirafan tersebut penting bagi menyokong usaha-usaha pembukaan semula sempadan kedua-dua buah negara pada masa akan datang.

“Kita juga akan susuli dengan pengiktirafan sijil vaksin digital
dan integrasi dua aplikasi MySejahtera Malaysia dan MorProm Thailand bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara,” katanya beliau pada sidang media sempena lawatannya ke Thailand selama dua hari bermula semalam.

Sementara itu, Perdana Menteri memberitahu, Malaysia dan Thailand akan meneroka peluang kerjasama dalam kajian serta penyelidikan vaksin Covid-19 dan juga vaksin-vaksin lain.

Katanya, kerajaan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dan penjenamaan semula Institut Genom dan Vaksin Malaysia (IGVM) pada 1 November 2021.

Menurut Ismail Sabri, kedua-dua inisiatif itu bertujuan untuk memantapkan ekosistem pembangunan vaksin untuk memastikan Malaysia bersedia menghadapi sebarang ancaman pandemik pada masa hadapan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast