Foto TEAMtalk.

LONDON – Manchester United melepaskan peluang untuk mengukuhkan kedudukan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 0-0 dalam perlawanan mengecewakan menentang Watford di Old Trafford pagi tadi.

Red Devils gagal memanfaatkan percubaan terutama menerusi Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo walaupun memiliki banyak peluang keemasan untuk menutup perlawanan dengan kemenangan.

United masih kekal di tangga keempat dengan 47 mata namun bakal dipintas bila-bila masa oleh Arsenal yang berkedudukan kelima dengan 45 mata kerana Gunners memiliki kelebihan tiga perlawanan dalam tangan.

Anthony Elanga yang menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu berpeluang menjaringkan gol tetapi rembatannya tersasar.

United mensia-siakan peluang terbaik untuk mengutip tiga mata penuh kerana minggu depan mereka bakal berdepan tugas sukar menentang pendahulu, Manchester City di Etihad sebelum menerima kunjungan Tottenham pada 13 Mac depan.

Tottenham yang gagal menunjukkan aksi konsisten sejak akhir-akhir ini membelasah Leeds United 4-0 malam ini untuk menghidupkan semula harapan mencabar kelompok empat teratas. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast