hospital admission rate Healthcare workers providing treatment to a Covid-19 patient at the Intensive Care Unit (ICU) at the Kuala Lumpur Hospital. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 4 JUNE 2021 Covid-19 recoveries Covid-19 clusters
Healthcare workers providing treatment to a Covid-19 patient at the Intensive Care Unit (ICU) at the Kuala Lumpur Hospital. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 4 JUNE 2021. Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,559 kes jangkitan Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 1,559 kes ini sebanyak 569 kes (36.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 990 kes lagi (63.5 peratus) lagi dalam kategori 1 dan 2.

Menurutnya, dari segi kapasiti penggunaan katil bagi kes kritikal atau unit rawatan rapi, enam negeri merekodkan lebih 50 peratus iaitu Kelantan (94%) Johor (69%), Putrajaya (67%), Kuala Lumpur (62%), Perak (58%), dan Melaka (58%).

Penggunaan katil bukan kritikal di 12 negeri juga melepasi 50 peratus iaitu Kelantan (108%), Selangor (101%), Putrajaya (95%), Kuala Lumpur (94%), Perak (87%), Perlis (74%), Johor (70%), Pahang (66%), Sabah (60%), Pulau Pinang (60%), Terengganu (57%), dan Sarawak (56%).

Katil di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Melaka merekodkan 55 peratus penggunaan.

”Pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 193 pesakit (7% penggunaan ventilator),” katanya di sini.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan 24,466 kes jangkitan Covid-19 dengan 105 kes (0.43 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 24,361 kes (99.57 peratus) lagi kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:
 Kategori 1: 8,704 kes (35.58%);
 Kategori 2: 15,657 kes (63.99%);
 Kategori 3: 51 kes (0.21%);
 Kategori 4: 34 kes (0.14%); dan
 Kategori 5: 20 kes (0.08%).

Daripada 105 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan, 25 kes (23.81%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 56 kes (53.33%) telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak, 24 kes (22.86%) telah menerima dos penggalak, 53 kes (50.48%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan 36 kes (34.29%) mempunyai komorbid.

Sebanyak lima kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 484.

Dalam pada itu, Noor Hisham menambah, sebanyak dua kes Covid-19 telah dikenalpasti dalam
kalangan mangsa banjir di negeri Terengganu dengan jumlah kumulatif 25 kes.

Kesemua kes ini telah dikenalpasti dan diasingkan dari mangsa banjir yang lain di pusat pemindahan sementara (PPS) khas.

Namun, tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir dilaporkan di PPS – MalaysiaGazette