Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah PM9 new Prime Minister motion of confidence
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan Ahli Dewan Rakyat agar berhenti berpolitik sepanjang masa.

Malah peringatan yang disampaikan pada akhir ucapan baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 turut menyaran agar Ahli Parlimen memberi tumpuan menjaga kepentingan rakyat.

Titah YDA, baginda rasa bagai tidak lengkap sekiranya tidak menyampaikan pantun nasihat kepada Ahli Parlimen seperti sebelum ini.

“Justeru sebagai meneruskan tradisi tahun lepas, sebelum ini beta mengakhiri titah ini dengan dua rangkap pantun, boleh” tanya baginda kepada Ahli Dewan Rakyat sambil disambut, boleh.

Baginda kemudiannya mengungkapkan dua rangkap pantun berbunyi:

Gunung Kinabalu sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang,
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang susah menjadi senang.

Busana tradisi kain bersulam,
Warnanya jingga berawan larat,
Cukuplah berpolitik siang dan malam,
Fokuskan menjaga kepentingan rakyat

Al-Sultan Abdullah kemudian menitahkan selamat bersidang kepada semua Ahli Parlimen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Padan muka politikus Pak Pandir kemaruk undi pekerja warga asing timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris sehingga tanah rizab Melayu kini tinggal 12% yang lebih kecil berbanding tanah Palestine dan Dasar Ekonomi Apartheid aka DEB 30% ekonomi untuk majority pribumi Melayu supaya minority baka timah dan getah yang bukan pribumi Melayu meraih 70% ekonomi.

Comments are closed.