PDRM
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas berhampiran rumahnya di Kampung Cheneh Baru di Kemaman kira-kira 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata sebelum ditemukan lemas, mangsa Muhammad Alimi Hashim, 15, dikatakan bermain air banjir di halaman rumahnya bersama dua adik beradiknya.

“Tiba-tiba mereka sedar mangsa hilang lalu memberitahu keluarga sebelum mencari dan terjumpa mangsa yang pada masa itu sudah lemas. Orang awam kemudian menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Menurutnya, kawasan rumah mangsa dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, Hanyan menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak mereka kerana walaupun air cetek keadaan tetap berbahaya.

“Saya juga ingin menasihatkan penjala dan pemancing tegar, nak cari ikan dalam musim banjir ini pergilah, tapi tolonglah pakai jaket keselamatan. Perkara ini sudah banyak kali diingatkan pihak berkuasa …tolong jaga keselamatan masing-masing di musim banjir ini,” katanya.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Remaja lelaki korban ketiga banjir di Kelantan – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast