KUALA LUMPUR – RHB Bank Bhd akan mengumumkan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan yang baharu dalam masa terdekat.

Pegawai bertanggungjawab/ pegawai utama RHB Banking Group Mohd Rashid Mohamad berkata, proses untuk mengenal pasti dan menilai calon sedang dijalankan bagi mengisi jawatan itu.

“Tempohnya akan bergantung kepada proses berkenaan. Kita perlu menjalankan proses sewajarnya dari segi menilai dan mengenal pasti,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 kumpulan itu yang diadakan secara maya, hari ini.

Bekas Pengarah Urusan dan CEO kumpulan bank itu Datuk Khairussaleh Ramli telah mengambil cuti berkuat kuasa 24 Jan, 2022.

Khairussaleh akan menggantikan Datuk Seri Abdul Farid Alias sebagai Presiden dan CEO kumpulan baharu Malayan Banking Bhd (Maybank) berkuat kuasa 1 Mei, 2022. – MalaysiaGazette