Hishammuddin Hussein Covid-19 positive
Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Satu keputusan secara prinsip telah dicapai iaitu pembukaan semula sempada negara merupakan satu keperluan.

Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan itu diputuskan pihak dalam mesyuarat hari ini.

Menurutnya, ia bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka.

Keduanya ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19 dan seterusnya membandingkan keperluan pembukaan sempada dengan negara-negara lain.

“Mengambil kira keputusan prinsip berkenaan, kementerian dan agensi berkaitan sedang memperincikan protokol termasuk pra pelepasan dan ketibaan ke dalam negara.

“Sebaik sahaja protokol tersebut dimuktamadkan dan kebenaran diberikan, rakyat Malaysia boleh pergi ke negara yang turut telah membuka sempadannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kabinet pada awal Februari turut telah bersetuju dengan pembukaan sempadan negara dan cadangan tarikh untuk melaksanakannya juga telah ada dan ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

Selain itu, katanya, terdapat satu lagi kaedah untuk rakyat pergi ke luar negara iaitu menerusi skim Vaccinated Travel Lane (VTL).

“Skim ini membolehkan pergerakan keluar dan masuk antara Malaysia dengan negara yang masih menutup pintu sempadannya.

“Buat masa ini skim VTL telah dimanfaatkan antara Malaysia-Singapura. Perdana Menteri juga telah umum skim VTL antara Malaysia-Thailand dan Malaysia-Brunei bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Dalam masa sama, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan juga sedang meneliti negara-negara yang berpotensi untuk dimasukkan dalam senarai skim VTL dari masa ke masa,” ujarnya.- MalaysiaGazette