FIFA menyingkirkan Russia daripada saingan ke Piala Dunia 2022.

LONDON –  Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyingkirkan Russia daripada saingan ke Piala Dunia 2022 manakala UEFA juga menggantung pasukan kebangsaan Russia dan kelab negara itu daripada menyertai aksi antarabangsa.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa jam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggesa persekutuan sukan dan penganjur menyingkirkan atlet Russia dan Belarus serta pegawai mereka daripada saingan antarabangsa selepas pencerobohan Russia terhadap Ukraine.

Russia dijadual beraksi pada perlawanan playoff Piala Dunia bulan depan, namun perancangan untuk mereka beraksi di wilayah berkecuali ditolak yang disifatkan sebagai “tidak boleh diterima” oleh pencabarnya, Poland, Sweden dan Republik Czech.

“Bola sepak ialah sukan perpaduan dan kami bersatu dengan semua yang terkesan di Ukraine,” kata kenyataan dikeluarkan FIFA dan UEFA.

https://www.dailymail.co.uk/sport/sportsnews/article-10561181/Russia-KICKED-World-Cup-FIFA-not-participate-play-Qatar-2022.html