MGNews: Kebanyakan Hospital Kerajaan Di Lembah Klang Mula Terima Pesakit Biasa Dan COVID-19

Pembukaan PKRC MAEPS membolehkan kebanyakan hospital di Lembah Klang beroperasi secara hibrid, iaitu menerima pesakit biasa dan COVID-19.

Menurut Ketua Jabatan Kecemasan, Hospital Ampang, Dr Ridzuan Datuk Mohd Isa, ia diselaraskan di bawah Pusat Kawalan Bersepadu atau Unified Command Centre ( UCC ) COVID-19, yang diwujudkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menguruskan dan membantu pengendalian kes-kes COVID-19 di kawasan berkenaan.