Healife merupakan pusat kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 2019 dan satu-satunya menawarkan integrasi perubatan moden dan tradisional.

KUALA LUMPUR – Healife merupakan pusat kesihatan yang mula beroperasi pada tahun 2019 dan satu-satunya menawarkan integrasi perubatan moden dan tradisional.

Pusat ini mempunyai proses dan jenis perubatan yang unik seperti perubatan Arab, perubatan India (ayurveda), perubatan moden dan perubatan Cina dan pelbagai jenis rawatan.

Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasarannya, Sohaila Marmoush berkata, semua jenis rawatan dan perubatan direka oleh pengurusan terlatih dari United Kingdom (UK) lebih daripada 20 tahun berpengalaman dalam kedua-dua bidang dan pelan rawatan mereka sesuai bagi setiap pesakit.

Sohaila Marmoush

“Kami percaya setiap pesakit berhak mempunyai pasukan penyedia penjagaan kesihatan yang berdedikasi yang bekerja bersama-sama untuk mengenal pasti punca keadaan anda dan menyesuaikan pelan rawatan untuk anda.

“Semua rawatan dan jenis perubatan kami adalah efektif dan tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan,” katanya dalam sidang media baru-baru ini.

Matlamat utama Healife adalah untuk mencari punca setiap masalah kesihatan dan menyediakan penyelesaian yang kekal dan bukan hanya sementara bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Pengasas Healife, Dr Reham dalam satu kenyataan pula berkata, pihak perintis dalam bidang perubatan alternatif bagi tujuan membina ‘jambatan’ antara sekolah perubatan alternatif dan moden yang berbeza.

Menurutnya, sejak beroperasi, pihaknya banyak menerima testimoni positif daripada bekas pesakitnya dan yakin mampu menawarkan penyelesaian komprehensif rawatan kepada orang ramai.

Sesiapa berminat atau mahu mendapatkan penjelasan lanjut boleh menghubungi pihaknya di talian 03-2710 1024 dan mengakses laman web http:/www.healife.com.my/.- MalaysiaGazette