Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercakap kepada media selepas mengiringi calon Pejuang N.10 Tangkak, Muhammad Airel Zabridin meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pasar Awam Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2022.
Mukhriz Mahathir

TANGKAK – Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan waktu ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam disambut baik Parti Pejuang Tanahair (Pejuang).

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pelaksanaan itu dilihat memberi nilai tambah dan kelegaan kepada parti-parti  bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Ketetapan SPR yang membenarkan kami untuk berjumpa dengan pengundi-pengundi termasuklah dalam perhimpunan yang dikawal keadaannya jumlah persertanya sampai jam 12 malam adalah satu kelegaan kepada kami.

“Sebab dua jam perbezaan antara SOP lama dan baharu membenarkan kami, tambah-tambah lagi Pejuang satu parti baharu yang dianggap kecil ini boleh memperkenalkan diri kami sebenarnya kita dapat beri penjelasan apa itu Pejuang,” katanya kepada media selepas mengadakan walkabout di Pasar Awam Tangkak bersama-sama calon kawasan itu, Muhammad Airel Zabridin di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan SPR yang mana memaklumkan pihaknya memperuntukkan dua kelonggaran baharu, mencakupi aspek penganjuran ceramah sepanjang tempoh berkempen bagi PRN Ke-15 Johor.

SPR menjelaskan, keputusan sedemikian dibuat berdasarkan cadangan pindaan dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast