Tim Leissner. foto Getty Images

 

NEW YORK – Peguam Roger Ng mendakwa Tim Leissner ialah pegawai bank Goldman Sachs Group Inc yang membina hubungan “kritikal” dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), bukan anak guamnya.

Marc Agnifilo pada Khamis berkata, disebabkan itu pemeriksaan balas yang dilakukannya terhadap Leissner kerap menyentuh kehidupan peribadi bekas Pengerusi Goldman Sachs di Asia itu.

“Premis kami mempunyai berkaitan dengan semua hubungan yang dia (Leissner) ada – semuanya strategik. Tim Leissner memainkan peranan penting bukan sahaja dalam kapasitinya sebagai pekerja Goldman Sachs yang cekap, tetapi mempunyai hubungan peribadi dengan orang ramai,” katanya.

Ng dituduh bersubahat dengan Leissner dan dalang utama 1MDB, Low Taek Jho (Jho Low) dalam merasuah pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi serta merompak ratusan juta dolar daripada 1MDB.

Leissner, yang mengaku bersalah pada 2018, adalah saksi utama kerajaan terhadap Ng yang didakwa mempunyai hubungan dengan Jho Low dan lain-lain.

Tetapi Ng ketika berhujah mendakwa Leissner yang merupakan bekas ketuanya yang mempunyai hubungan tersebut.

Agnifilo pada Khamis berhujah untuk mendapatkan bukti emel antara Leissner dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd Datuk Rohana Rozhan.

Rohana didakwa sebagai teman wanita Leissner.

“Ia adalah relevan berdasarkan keterangan Leissner bahawa Ng yang mempunyai ‘hubungan kritikal’ ini untuk membantu urus niaga ini bergerak ke hadapan,” kata Agnifilo.

Leissner ”telah meletakkan Roger dalam semua ini sedangkan Leissner adalah individu yang menggunakan kesempatan hubungan ini. Kadang-kadang dia menggunakan keintimannya,” tambah peguam itu.

Hakim berkata, beliau akan mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan bukti masuk dan memutuskannya pada hari Khamis. – Bloomberg (https://www.bloomberg.com/news/articles/2022-03-03/leissner-was-key-goldman-1mdb-banker-not-ng-defense-lawyer-says)