Rakaman video yang menunjukkan loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhya terbakar di Ukraine. foto YouTube

ANKARA – Rusia mengambil alih loji tenaga nuklear terbesar Eropah selepas pertempuran sepanjang malam di bandar Zaporizhzhya, kata pihak berkuasa Ukraine.

“Kini tapak loji tenaga nuklear dikuasai angkatan tentera Persekutuan Rusia,” menurut kenyataan badan tentera pengawal selia nuklear seperti dipetik agensi berita, Anadolu.

Badan pengawal selia itu menyatakan bahawa tiada perubahan pada kadar radiasi, yang mana ia meningkat selepas berlaku kebakaran akibat serangan bom Rusia.

Terdahulu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, serangan tentera Rusia ke atas loji tenaga nuklear perlu dihentikan dan jika letupan berlaku ‘ia menjadi pengakhiran Eropah’.

Serangan Rusia ke atas Ukraine yang bermula 24 Februari lalu mencetuskan kemarahan dunia, dengan Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom merupakan antara negara melakukan sekatan kewangan yang ketat terhadap Moscow.

Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih sejuta orang telah melarikan diri dari Ukraine ke negara jiran. – Agensi

(https://www.aa.com.tr/en/russia-ukraine-crisis/russia-captures-europes-largest-nuclear-plant-in-se-ukraine/2523404)