Idham Baba
Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri has been appointed as the Secretary of Culture while Datuk Seri Eizlan Yusof has been appointed as the Creative Consultant of the Ministry of Foreign Affairs effective of 1 November 2021. IMBAS SEMULA..Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dilantik Setiausaha Kebudayaan manakala Datuk Seri Eizlan Yusof pula kini menjawat jawatan Perunding Kreatif berkuatkuasa 1 November 2021.

MUAR – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan mendedahkan sebab pihaknya menamatkan perkhidmatan dua pelakon, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof dalam kementeriannya.

Saifuddin bagaimanapun berkata, ia adalah perkara biasa di mana penamatan kerja biasa berlaku kepada mana-mana individu yang berstatus kontrak.

“Saya tak boleh nak sebut. Biasanya dalam kontrak ini lazim berlaku dalam mana-mana kontrak. Kalau kita rasa perlu tamatkan, kita perlu tamatkan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Memetik laporan Sinar Daily, khidmat Ahmad Idham Eizlan masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif Kementerian Luar sudah ditamatkan selepas empat bulan dilantik.

Kedua-dua pelakon tersebut dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 November tahun lalu yang diumumkan sendiri oleh Saifuddin. – MalaysiaGazette