Pemilik kenderaan beratur untuk membeli petrol di Nugegoda, Colombo, Sri Lanka . foto Reuters

COLOMBO – Dua syarikat gas Sri Lanka, Laugfs dan Litro Gas tidak akan dapat mengimport gas petroleum cecair lagi kerana bank-bank tidak membenarkan mereka membuka surat kredit (LC) dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu, kedua-dua syarikat memberi amaran keadaan ini akan menyebabkan kekurangan gas di negara Asia Selatan itu.

Pengerusi Laugfs Holdings Ltd, W.K.H. Wegapitiya berkata, bank-bank tidak boleh membuka LC kerana kekurangan dolar AS pada masa ini, memberi amaran bahawa stok gas sedia ada negara mungkin akan kehabisan pada hujung minggu.

Peruncit di seluruh negara telah pun mengatakan bahawa mereka kehabisan minyak.

Sementara itu, negara pulau itu mengalami kekurangan bahan api dan bekalan elektrik terputus apabila loji kuasa diesel berhenti beroperasi.

Negara itu menyaksikan pemotongan bekalan elektrik berjadual selama 7.5 jam mulai Rabu apabila Presiden Gotabaya Rajapaksa telah berjanji bekalan diesel yang mencukupi kepada loji janakuasa dalam usaha memastikan bekalan elektrik tidak terganggu mulai Sabtu.

Kali terakhir Sri Lanka mengalami kekurangan gas pada penghujung 2021. – Xinhua (http://www.xinhuanet.com/english/asiapacific/20220304/acaa0f55a42c44cd9030f06b4eea7ee9/c.html)