Perdana Menteri memberi bayangan baharu bahawa sempadan negara akan dibuka dalam masa terdekat ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi harapan itu ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Plaza Angsana di sini hari.

“Ramai yang tunggu ini (sempadan dibuka). Insya-Allah tidak lama lagi,” katanya ringkas.