Bangunan kediaman penduduk di Mariupol, Ukraine yang rosak akibat tembakan baru-baru ini. - foto Reuters

MOSCOW – Tentera Rusia akan melaksanakan gencatan senjata di Ukraine bermula 10 pagi waktu Moscow (0700 GMT) pada Sabtu bagi memudahkan pemindahan orang awam melalui koridor kemanusiaan, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Seperti yang dipersetujui oleh pihak Ukraine, koridor kemanusiaan akan membenarkan orang awam keluar dari Mariupol dan Volnovakha di selatan Ukraine, kata kementerian itu, tanpa mendedahkan tempoh  gencatan senjata akan berkuatkusa.

Semasa rundingan damai pusingan kedua pada Khamis, perunding Rusia dan Ukraine bersetuju mengenai penubuhan koridor kemanusiaan untuk membolehkan orang awam berpindah dan melaksankan gencatan senjata sementara di sepanjang laluan pemindahan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast