Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah memberi persetujuan untuk membenarkan mahasiswa-mahasiswa dari negeri Johor lewat mendaftar masuk bagi membolehkan mereka keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac 2022.

Mahasiswa UIAM sepatutnya pulang ke kampus pada 5 atau 6 Mac 2022.

Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, mahasiswa-mahasiswa Johor hanya perlu memaklumkan kelewatan mendaftar masuk kepada Dekan Kulliyyah dan Pejabat Mahallah masing-masing.

”Semoga kelonggaran ini akan menggalakkan mahasiswa Johor untuk keluar mengundi pada 12 Mac 2022 kelak.

”Kesatuan Pelajar UIAM ingin menggesa seluruh mahasiswa Johor untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat negeri Johor secara tidak langsung meraikan pesta demokrasi yang bakal tiba,” kata kesatuan itu dalam kenyataan di sini.

Dijangkakan seramai 756,247 pengundi muda akan keluar mengundi pada 12 Mac ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast