khairuddin mengundi muda songsang musuh Allah
Mohd Khairuddin Aman Razali
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Khairuddin Aman Razali mendesak pihak terbabit tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat berikutan persembahan tari menari seksi dalam majlis dihadiri barisan pemimpin Perikatan Nasional semalam.Dalam hantaran di laman Facebook, beliau yang dipecat dari Jawatankuasa Pas Pusat dan jawatan setiausaha Majlis Syura baru-baru inu berkata, apa yang terjadi semalam juga menjejaskan nama rakan kerjasama politik PN di saat kempen pilihan raya sedang hangat.

“Pahit tetapi teguran perlu dibuat agar masyarakat dapat menilai prinsip Perikatan Nasional yang jelas berkaitan Islam,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau mengulas video tular menunjukkan aksi seksi sekumpulan penari dalam satu majis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin di Johor Bahru yang antara lain dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah PRN Johor, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, memang tidak selayaknya majlis tari menari ala bogel menjadi hidangan kepada pimpinan politik muslim walaupun penganjurnya bukan muslim.

Apatah lagi, katanya, ia juga bercanggah dengan nilai ketimuran dan nilai masyarakat Malaysia.

“Di saat rakyat berhadapan dengan musibah dan di saat rakyat diajak untuk bermunajat memohon keampunan kepada Allah agar dilepaskan daripada musibah covid-19 apa yang berlaku mengguris sedikit perasaan rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.