Azizan Abd Rahman, the former Chairman of Labuan Offshore Financial Services Authority (LFSA) (left) is facing charges at the Kuala Lumpur Session Court for abusing his position to gain gratification in the form of protection for Kensington Trust Labuan from being taken action.
Azizan Abd Rahman, the former Chairman of Labuan Offshore Financial Services Authority (LFSA) (left) is facing charges at the Kuala Lumpur Session Court for abusing his position to gain gratification in the form of protection for Kensington Trust Labuan from being taken action. Bekas Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) (kiri) berhadapan tuduhan menggunakan kedudukan demi suapan iaitu perlindungan daripada tindakan ke atas syarikat Kensington Trust Labuan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) mengaku tidak bersalah menggunakan kedudukannya menerima rasuah bagi melindungi Syarikat Kensington Trust Labuan daripada dikenakan tindakan oleh lembaga berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Datuk Azizan Abd Rahman pada 17 November sebagai Pengarah dan Pegawai Amanah Kensington Trust Labuan didakwa melakukan kesalahan berkenaan di LFSA, Merou UM, KL Sentral.

Beliau dituduh di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].

Jika didapati bersalah, Azizan, 67, boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Hakim, Rozina Ayob kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000.

Azizan turut diarahkan supaya menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh sebutan kes pada 5  April 2022.

Dalam pertuduhan berasingan, Azizan turut  didakwa tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai Pengarah dan Pegawai Amanah di Kensington Trust Labuan Limited.

Sebagai rekod, syarikat tersebut merupakan sebuah institusi kewangan Labuan kepada LFSA.

Beliau dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 17(1) Aka Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545].

Pasukan pendakwaan kemudian memohon pertuduhan kedua dibicarakan bersama pertuduhan pertama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast