Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) menurun kepada 27,435 kes semalam.

Jumlah itu menyaksikan penurunan bawah 28,000 kes berbanding dalam tempoh tiga hari ini yang melepasi 33,000 kes mengikut laporan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 27,435 kes itu, 254 kes adalah kes import yang melibatkan 232 warganegara dan 22 bukan warganegara.

Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes baharu meningkat kepada 3,622,607 kes.

Menurut beliau, berdasarkan status terkini kes Covid-19 di negara ini sehingga semalam, kes sembuh sebanyak 30,335 kes (3,281,128 kes kumulatif), kes tempatan 27,181 kes (26,263 warganegara dan 918 bukan warganegara).

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula ialah 379 kes iaitu 122 kes disahkan Covid-19, 257 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan ialah 216 kes iaitu 73 kes disahkan Covid-19, 143 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Beliau berkata, daripada 27,435 kes harian pula kategori 1 sebanyak 9,756 kes, kategori 2 (17,495 kes), kategori 3 (89 kes), kategori 4 (53 kes) dan kategori 5 (42 kes).

Katanya, daripada 184 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan semalam, 55 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 85 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19, tetapi belum menerima dos penggalak. – MalaysiaGazette