MOSCOW – Netflix telah menggantung perkhidmatannya di Rusia bagi membantah pencerobohan negara itu ke atas Ukraine, menurut laporan Variety semalam.

Malah awal minggu lalu, Netflix menghentikan sementara semua projek dan pemerolehan masa depan di Rusia.

“Memandangkan keadaan, kami telah memutuskan untuk menggantung perkhidmatan kami di Rusia,” kata, seorang jurucakap Netflix.-REUTERS-(https://www.reuters.com/business/media-telecom/netflix-suspends-service-russia-report-2022-03-06/)