Wan Suraya Wan Mohd Radzi

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menurut Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) merangkap Pengerusi IIM, pelantikan Wan Suraya ini adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang berkhidmat selama 27 tahun dalam perkhidmatan awam.

”“Berdasarkan pengalaman beliau, saya percaya dengan pelantikan ini, peranan dan fungsi IIM dalam menggalakkan serta membudayakan amalan integriti dan tadbir urus terbaik dapat lebih diperkasakan ke arah menyokong agenda integriti nasional,” ujar beliau.

Sebelum ini, Wan Suraya pernah memegang jawatan ketua setiausaha dan timbalan ketua setiausaha di pelbagai kementerian di samping berpengalaman luas dalam bidang perdagangan antarabangsa dan industri, pengurusan sumber manusia, pelaburan dan keusahawanan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast