Tim Leissner Rohana Rozhan Astro CEO affair lover 1MDB scandal corruption Najib Razak
Tim Leissner. foto Bloomberg

NEW YORK – Bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner boleh disoal mengenai emel tertentu yang dihantar isterinya, Kimora Lee Simmons Leissner untuk menentukan sama ada dia “pembohong yang licik”, kata hakim.

Perintah yang dikeluarkan pada hari Isnin (7 Mac) dalam perbicaraan Mahkamah Persekutuan Brooklyn terhadap Leissner, selepas pihak pembelaan mahu menunjukkan emel itu kepada barisan juri.

Bagaiamanapun hakim Margo Brodie berkata, juri tidak boleh melihat emel tersebut.

Peguam Roger Ng, Marc Agnifilo, telah menggunakan pemeriksaan balasnya terhadap Leissner untuk menyerang kredibiliti saksi utama kerajaan terhadap anak guamnya.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana membantu ahli perniagaan yang dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) merompak berbilion dolar daripada 1MDB, menjadikan Ng satu-satunya jurubank Goldman yang dibicarakan berhubung skandal itu.

Pendakwa raya berhujah bahawa emel itu tidak relevan kerana banyak yang dihantar selepas konspirasi 1MDB berakhir pada 2014 dan berkata, mereka mungkin mengelirukan juri.

Namun, Agnifilo berkata, emel berkenaan bersandarkan kepada gambaran yang cuba dicipatanya tentang Leissner.

“Teori kami ialah dia adalah pembohong yang licik, penipu licik yang jarang berlaku.

“Saya ingin menunjukkan kepada juri-juri bahawa dia hanya pembohong dan satu-satunya cara juri memahami apa yang dia lakukan dengan anak guam kami dan berapa lama dia telah melakukan perkara lain yang luar biasa dan licik,” kata peguam bela itu kepada mahkamah selepas juri diketepikan.

Agnifilo mendakwa, Leissner mencipta alamat emel palsu yang kononnya berasal dari isteri keduanya, Judy Chan, yang digunakan untuk berkomunikasi dengan Simmons Leissner, malah menyamar sebagai Judy Chan apabila dia menghantar mesej itu.

Leissner juga menggunakan nama Judy Chan pada 2016 untuk membeli aset seni yang diperoleh Jho Low daripada wang 1MDB, walaupun AS telah melancarkan siasatan ketika itu, kata Agnifilo.

Brodie berkata, Agnifilo boleh bertanya kepada Leissner tentang pembohongan untuk menunjukkan dia seorang saksi yang tidak boleh dipercayai.

Hakim berkata, beliau akan menyemak beberapa emel lain yang Leissner hantar kepada Simmons Leissner untuk menentukan sama ada ia boleh digunakan dalam perbicaraan itu.

Terdahulu pada hari Isnin, Agnifilo cuba menggambarkan Ng telah ikecualikan daripada beberapa mesyuarat dan perbincangan perjanjian antara Jho Low dan Leissner, termasuk cadangan pengambilalihan entiti gergasi perlombongan Brazil, Vale SA.

Beberapa perbincangan berlaku ketika urus niaga transaksi bon pertama dan kedua yang dikendalikan Goldman untuk 1MDB pada 2012.

Leissner mengakui Ng tidak menghadiri kebanyakan pertemuan dengan Jho Low dan berkata dia tidak ingat dalam keadaan lain. – Bloomberg (https://www.bloomberg.com/news/articles/2022-03-07/-cunning-liar-leissner-can-be-asked-about-kimora-lee-emails)