Anggota polis beratur dalam keadaan cuaca hujan semasa hadir untuk membuang undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Foto AFFAN FAUZI, 08 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Hujan renyai seawal pukul 8.30 pagi tidak menghalang anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tanggungjawab mengundi  pos di Dewan Dato’ Onn dekat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor awal pagi ini.

Tinjauan  pagi tadi mendapati petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah memulakan persediaan awal sebelum undi awal bermula.

Bagi Asisten Supritendan Helmy Abdullah yang bertugas di Ibupejabat Polis Kontijen Johor berkata, sebagai anggota PDRM, tanggungjawab mengundi haruslah disempurnakan.

Helmy Abdullah

“Itu tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia kena tunaikan walau dalam keadaan macam mana sekalipun.

“Semestinya kita nak harapkan kerajaan politik
kita stabil supaya rakyat dapat hidup dengan selesa,pendemil rakyat susah diharap pemimpin yang dilantik ini dapat menunaikan apa jua hasrat teritama rakyat di Johor,” katanya.

Bagi Lans Koperal Idris Adnan,hujan bukan masalah kepada mereka untuk keluar mengundi.

Idris Adnan

Lebih utama, katanya, penduduk Johor melaksanakan tanggungjawab mereka dalam proses demokrasi di negara ini.

“Saya datang dari Kuala Lumpur jadi tanggungjawab dalam Pillihan Raya Negeri (PRN) Johor, kita harus jalankan tanggungjawab.

“Hujan atau apa sahaja pun keadaan kita harus tunaikan tanggungjawab kita,”katanya.

Sementara itu, Lans Koperal Farah Suhaidah Ishak juga sependapat dengan dua lagi rakannya yang mana pelaksanaan undi awal tidak mengira faktor cuaca memandangkan ia merupakan tanggungjawab.

Farah Suhaidah

“Bagi saya tugas perlu dilaksanakan, hujan atau apa yang penting kita laksanakan akan tanggungjawab kita,” katanya.

Seramai 22,531 pengundi terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan mengundi awal hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 11,576 adalah warga PDRM Johor.

Manakala 1,377 anggota mengundi di IPK Johor menunaikan tangguungjawab mereka untuk keluar undi awal.

Undi awal dijalankan di 63 pusat mengundi membabitkan 83 saluran yang disediakan di premis PDRM dan ATM seperti di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kem tentera.

Sebanyak 30 pusat mengundi akan beroperasi sehingga pukul 12 tengah hari ini dan selebihnya akan ditutup pukul 5 petang ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast