Pengerusi Barisan Nasional Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba berucap pada sidang media khas berkenaan 11 ahli Bersatu bahagian Tenggara mengumumkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional di PDM Pelepah Valley, Batu Empat, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 08 MAC 2022.

KOTA TINGGI – Seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cawangan Batu Empat yang diketuai Md Salleh Yusof mengumukan keluar parti di sini hari ini.

Md. Salleh yang juga bekas Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu kawasan itu bersama rakan-rakannya juga mengumumkan penyertaan mereka ke dalam UMNO.

ia disaksikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Menurut Adham, Baba, tindakan ahli Bersatu itu membuktikan Barisan Nasional (BN) adalah yang dipercayai dapat membantu dalam menggalas tanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.

“Saya tak terperanjat pun kalau lebih ramai daripada Pakatan Harapan (PH) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Bersatu sekali pun keluar untuk menyokong kami (BN) kali ini.

“Sebab selama mereka mentadbir negara dan negeri selama 22 bulan sejak 2018, penyokong PH termasuk parti-parti yang menjadi rakannya merasai kesan menderita kerana kehilangan banyak peluang dalam hidup” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menurut Adham, berbaki lagi empat hari sebelum tarikh pengundian pada 12 Mac ini, pihaknya sudah menerima hampir 72 individu keluar dari parti lain menyokong BN dan menyatakan sokongan terhadap calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti, Hahasrin Hashim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau juga mengalu-alukan lebih ramai lagi untuk tampil kedepan dan bangkit bersama-sama BN untuk memastikan pengalaman buruk tidak perlu diulang seterusnya kembali membangunkan negara bersama BN.

Adham yang juga merupakan Ahli Parlimen Tenggara turut menyatakan keyakinan kemenangan BN dalam PRN Johor seterusnya memastikan bahawa agenda besar kestabilan  dapat membawa manfaat untuk generasi masa depan.

Setakat hari ini, BN sudah menerima Laili Yusof, Bekas Ketua Bahagian (Bersatu) Mersing, Laili Yusof,  bekas Ketua Bersatu Cawangan Molek Harmoni, Mohd Zahid Ismail bersama 60 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Sembrong dan Ranting Kahang serta 11 ahli Bersatu cawangan Batu Empat yang kini menyokong BN.- MalaysiaGazette