Covid-19 positive cases
Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Selepas dua hari berturut-turut menunjukkan penurunan, jangkitan Covid-19 dalam negara kembali meningkat apabila sebanyak 31,490 kes positif baharu dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang tekini adalah 3,680,953.

Daripada kes baharu berkenaan, sebanyak 31,017 merupakan kes tempatan dan 473 pula jangkitan import.

Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan jangkitan baharu tertinggi iaitu 8,095.

Diikuti dengan Kuala Lumpur (4,527); Kedah (3,015); Penang (2,425); Sarawak (1,903); Negeri Sembilan (1,883); Johor (1,721); Kelantan (1,647); Pahang (1,409); Perak (1,279); Terengganu (1,277) dan Sabah (1,216).

Selain itu, Melaka (554); Putrajaya (201); Perlis (190) dan Labuan (148).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebanyak 373 kes Covid-19 berada di Unit Rawatan Rapi.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 223 kes (94 kes
disahkan Covid-19 129 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, tambah Dr. Noor Hisham, sebanyak 11 kluster baharu yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan.

“Jumlah kluster yang telah tamat adalah 6,415 kluster dan
jumlah kluster aktif adalah 445 kluster,” katanya lagi.

Sementara itu Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 29,035 kes yang telah sembuh daripada jangkitan Covid-19.-MalaysiaGazette