MACC MITRA Funds Malaysian Indian Transformation Unit Ministry of National Unity B40
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR –  Seorang penjawat awam ditahan selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,500 daripada sebuah syarikat kontraktor.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut sebagai balasan untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan kerja-kerja penurapan jalan bernilai kira-kira RM90,000.

Menurutnya, suspek yang kini berkhidmat di sebuah agensi kerajaan lain ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang tadi.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim turut mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret, Shah Alam Selangor pada jam 9 pagi esok untuk permohonan reman.-MalaysiaGazette