Foto: Kementerian Pertahanan Rusia

MOSCOW – Seorang jurucakap Kementerian Luar Rusia berkata satu dokumen mencadangkan ‘komponen-komponen senjata biologi sedang dibangunkan di Ukraine’.

Bercakap pada taklimat mingguan di Moscow, Maria Zakharova berkata, tentera Rusia menerima bukti pembangunan komponen senjata biologi dilakukan Ukraine di bawah bimbingan Amerika Syarikat (AS) daripada kakitangan makmal biologi Ukraine.

Beliau menekankan aktiviti seumpama itu melanggar Konvensyen Senjata Biologi dan Rusia mungkin membicarakan isu tersebut, lapor agensi berita, Anadolu.

Kepimpinan AS perlu mendedahkan kepada umum mengenai program biologi tentera yang dilaksanakan Ukraine, katanya.

“Dalam masa yang singkat, Kementerian Pertahanan AS dan pentadbiran Presiden AS bertanggungjawab memaklumkan komuniti antarabangsa dan (umum secara) rasmi program biologi tentera yang dilakukan di Ukraine,” katanya.

Zakharova turut mempersoalkan apa yang berlaku kepada bahan biologi yang dibawa keluar daripada makmal, sama ada dimusnahkan atau tidak.

“Siapa yang bertanggungjawab dalam Kementerian Kesihatan Ukraine selama bertahun-tahun? Ingat bukan? Dari negara mana doktor ini datang? Siapa yang mengetuai Kementerian Kesihatan Ukraine? Saya mengingatinya dengan baik, dari benua Amerika,”.

Terdahulu, Setiausaha Hal Ehwal Politik AS, Victoria Nuland mengesahkan terdapat kemudahan penyelidikan biologi yang diketuai AS di Ukraine.

Kyiv dan Washington kini berusaha untuk mengelak bahan-bahan terkumpul daripada jatuh ke tangan tentera Rusia, katanya. – Agensi

(https://www.aa.com.tr/en/russia-ukraine-war/russia-says-documents-suggest-components-of-bioweapons-were-being-developed-in-ukraine/2528870)