The Chairman of UMNO Veteran, Datuk Othman Jais in a group picture with the non-government organisations (NGOs) after answering the allegations from the President of PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang in a news conference in conjunction with the Johor state election at Johor Bahru. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 10 MARCH 2022
The Chairman of UMNO Veteran, Datuk Othman Jais in a group picture with the non-government organisations (NGOs) after answering the allegations from the President of PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang in a news conference in conjunction with the Johor state election at Johor Bahru. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 10 MARCH 2022. Pengerusi Veteran UMNO Johor, Datuk Othman Jais bergambar bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain selepas sidang media khas bagi menjawab dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta merujuk kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai pemahaman politik Islam dalam kalangan penduduk di negeri ini.

Pengerusi Veteran UMNO Johor, Datuk Othman Jais berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu pernah menjadi menteri besar Johor selama dua penggal dan memahami bahawa ajaran Islam diamalkan dengan baik di negeri itu.

“Kalau Tan Sri Muhyiddin terlupa ataupun tidak ingat boleh merujuk kepada mantan Exco agama yang lepas Tosrin Jarvanthi apa yang kerajaan negeri sudah buat.

“Kalau dilihat soal pendidikan dan budaya kita berani mengatakan anak-anak Johor dan bangsa Johor ini boleh menulis Jawi berbanding tempat lain.

“Kalau kata Johor ini tidak mengamal cara Islam, kita tak dapat terima. Kita boleh buktikan banyak masjid, surau dan sekolah agama dibina,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pengerusi Veteran UMNO Johor, Datuk Othman Jais bercakap pada sidang media khas bagi menjawab dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru. Foto AFFAN FAUZI, 10 MAC 2022.

Beliau menjawab tuduhan Abdul Hadi yang mendakwa kurangnya kesedaran politik Islam di Johor sebelum ini menjadi punca parti itu tidak mampu menawan hati penduduk di negeri itu.

Presiden Pas itu dipetik sebagai berkata, kesedaran politik Islam di Johor kurang berbanding di Kelantan dan Terengganu, di mana parti tersebut bertapak kukuh.

Sementara itu Othman menggesa Abdul Hadi supaya memohon maaf kepada umat Islam berikutan tuduhan yang dilemparkan pemimpin Pas itu.

“Kita sebagai orang Islam kalau sudah buat salah mesti mohon maaf. Kalau tidak mohon maaf menunjukkan kita ini bongkak.

“Tak wajar sebagai umat Islam kita tidak bermaaf-maafan antara satu sama lain. Jangan kerana perbezaan politik kita mengorbankan budaya kita sebagai umat Islam,” tegasnya.

Tambah Othman, sekiranya kepimpinan Pas menunjukkan tauladan yang elok sudah pasti masyarakat akan mengikuti parti itu.

Namun malangnya, Pas tidak memberikan contoh yang baik untuk diikuti oleh rakyat Johor.

Justeru beliau mengingatkan Abdul Hadi supaya tidak mencampurkan politik dengan agama.

“Pas menggunakan Islam. Sebagai orang politik kita tidak patut gunakan Islam.

“Kalau kita ingat amanat Haji Hadi berkahwin antara antara satu sama lain, nikah tidak sah, wujud dua imam, keluarga bercerai-berai kerana perbezaan politik

“Ini tak wajar. Patut sebagai orang Islam menunjukkan ajaran Islam yang sebenar bukan berpolitik sahaja,” kata Othman.

Tambah Othman banyak negeri telah menjadikan Johor sebagai contoh dalam sistem pendidikan Islam sekaligus menunjukkan negeri itu paling hadapan dalam menjunjung ajaran Islam.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, sungguhpun Pas membuka cawangan parti di Johor lebih awal berbanding di negeri lain, ia gagal mencapai matlamat diharapkan.

“Jumlah orang Melayu di Johor begitu besar. Memang harapan Dr Burhanuddin al-Helmy (bekas Yang Dipertua Pas) kita berjaya menang di Johor (PRU 1959).

“Cuma ramalan pimpinan kita pada masa itu tidak berlaku, walaupun Johor ketika itu banyak sekolah agama, dia belajar fardu ain, sembahyang, puasa, zakat dan haji.

“Jadi masalahnya kesedaran politik Islam kurang di Johor. Lain dengan di Kelantan dan Terengganu kerana di situ banyak guru pondok yang terlibat dengan gerakan Hizbul Muslimin yang menentang penjajah Inggeris,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

  1. pAS HANYA PARTI bukan bermakna Agama Islam adalah hak mutlak parti Pas.
    Kepimpinan Pas yang ada sekarang tidak mencerminkan sepenuhnya ciri-ciri Islam apabila pelbagai dalil-dalil mengikut citarasa mereka..
    Peminpinan Pas melaku biadah yang tidak mengikut sunnah.
    Mereka penyebab perpecahan umat Islam.

Comments are closed.