Puad Zarkashi Rengit Johor state election Muhyiddin Yassin resign PPBM
Mohd Puad Zarkashi

JOHOR BAHRU – Datuk Mohd Puad Zakarshi menyifatkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai ketua penggelapan kerana suka melaga-lagakan perkara yang tidak wujud.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit itu berkata, gelaran itu wajar bagi Wan Saiful kerana masih membuat kenyataan yang tidak berasas mengaitkan diri beliau dengan jawatan Menteri Besar (MB) Johor.

“Saya katakan dia ketua penggelapan kerana Datuk Hasni Mohammad sudah diputuskan dalam Mesyuarat Tertinggi UMNO, diputuskan oleh parti, yang mana saya sendiri sebagai ahli MKT bersetuju Hasni adalah ‘poster boy‘ dan dia jugalah calon Menteri Besar (MB) Johor.

“Langsung tidak timbul soal saya melobi. Malah saya awal-awal lagi sudah memberitahu kepada Presiden UMNO, insya Allah jika saya menang, saya tak nak jawatan dalam mahupun dalam Exco.

“Jadi, di peringkat mana yang dia kata saya melobi jawatan MB? Sebab itu, Wan Saiful saya katakan dia ketua penggelapan,” tegasnya.

Secara sinis, Puad berkata, walaupun seseorang individu mempunyai latar belakang pendidikan tinggi tetapi jika suka membuat tuduhan seperti yang dilakukan oleh Bersatu, bermakna parti tersebut menuju ke arah kegelapan. – MalaysiaGazette