Lebih satu juta kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin sehingga semalam.

KUALA LUMPUR – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) telah menyaksikan sejumlah 1,119,954 atau 31.5 peratus kanak-kanak di negara ini menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Manakala 15,238,078 individu atau 64.8 peratus daripada populasi dewasa menerima dos penggalak dan 22,933,696 atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu lengkap vaksinasi masing-masing.

Menurut laporan dari laman web COVIDNOW, sebanyak 23,210,290 atau 98.7 peratus sekurang-kurangnya telah menerima satu dos vaksin.

Bagi remaja 12 hingga 17 tahun, seramai 2,835,698 individu lengkap vaksinasi, diikuti 2,935,797 sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 58,326 dos vaksin telah diberikan dengan 23,938 dos pertama, 1,678 dos kedua dan 32,710 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin bawah PICK sebanyak 68,064,755. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast