PRN Johor
Pengundi berumur 18 tahun, mula beratur untuk menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor DUN Penawar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 12 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Peratusan terkini rakyat negeri Johor yang keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 kini mencecah 22 peratus.

Perkembangan sehingga jam 11 pagi ini dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Suasana di pusat mengundi mula tampak meriah dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai destinasi mahu menurunkan undi memilih wakil rakyat masing-masing.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi tadi bagi membolehkan 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka. – MalaysiaGazette