Undi awal
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa keluar peti undi untuk dihantar ke pusat-pusat mengundi selepas selesai hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor, Kota Tinggi. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 08 MAC 2022.

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) dilaporkan berjaya meraih undi awal anggota keselamatan yang terdiri daripada tentera, polis serta pasangan mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Command Centre BN di sini petang ini.

Bagi PRN Johor sebanyak 18,625 pengundi yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan menjalankan tanggungjawab mengundi awal, pada Selasa 8 Mac lepas.

Para pemimpin kanan UMNO/BN kini berada di pusat tersebut termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette