Petugas menggunakan vaksin jenis Sinovac untuk diberikan kepada warga emas di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2021. Sinovac booster dose shot Pharmaniaga
Gambar hiasan.

PARIS – Perancis akan mula menawarkan suntikan vaksin Covid-19 keempat pada hari Isnin kepada mereka yang berumur lebih 80 tahun yang telah menerima dos penggalak, kata Perdana Menteri Jean Castex.

Kempen vaksinasi juga akan diperluaskan kepada mereka yang mempunyai sistem imunokompromi yang tidak layak menerima vaksin itu sehingga kini, lapor media Le Parisien.

Daripada 4.1 juta penduduk Perancis yang berumur 80 tahun ke atas, 3.1 juta telah mendapat suntikan penggalak.

Perancis menyaksikan peningkatan semula kes Covid-19 dengan kes terbaharu sebanyak 72,443, kata Agensi Kesihatan Kebangsaan.

Negara ini akan menarik semula syarat pas vaksin sebelum memasuki ruang awam dan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka mulai hari Isnin.

Walaupun sekatan dilonggarkan, perdana menteri berkata, beliau sangat mengesyorkan individu terus memakai topeng di kawasan tertutup dan sesak. – Xinhua