KUALA LUMPUR – Seorang terkorban dalam kebakaran sebuah bilik dalam kawasan sekolah di Bandar Tun Razak, Cheras semalam.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan rentung seluruh badan oleh pihak bomba.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat mangsa tersebut telah diserahkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

Pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 6.18 petang sebelum sepasukan anggota polis dari Balai Polis Salak Selatan telah bergegas tempat kejadian.

Muhammad Idzam berkata,, ekoran kejadian tersebut, seorang  lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian, katanya.

Sementara itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa bukti yang sahih. – MalaysiaGazette